Ahad, 27 Disember 2015

Luban / Lubanah / Kemenyan Arab / Kemenyan Putih / Frankincense



..Pengenalan..


Luban atau kemenyan Arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar di kawasan negara2 beriklim panas dan di kawasan Timur Tengah seperti Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis..

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok..

Pokok yang ditoreh untuk mengeluarkan getah luban

Di sesetengah tempat di dunia, luban atau 
frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.

Getah yang keluar dari pokok

Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam.Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu..

Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini.

==========================

Sejarah....

Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “Tib Al-Nabawi” m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.h. Anas r.a. Dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya :
.“ Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan libanah, kerana libanah dapat menguatkan hati serta MENGHILANGKAN KELUPAAN”.

Nabi SAW berpesan supaya beramal dengan luban untuk kecerdasan akal anak-anak dan menguatkan ingatan bermula di dalam kandungan lagi..

Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.”-Kitab Thibbun Nabawi..

Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem pernafasan. .

Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah..

Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami).

Rasulullah SAW bersabda,
أطعموا نسائكم الحوامل اللبان , فإنه يزيد في عقل الصبي
Artinya: Berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya. [34].

Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata,
أطعموا حبالاكم اللبان , فإن يكن في بطنهنّ غلام خرج ذكي القلب عالما شجاعا , وإن يكن جارية حسن خلقها وخلقها وعظمت عجيزتها وحظيت عند زوجها
Artinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.[35].

Imam Ali Ridha (sa) berkata:

.“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil. Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani. Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagiain yang baik bagi suaminya”.- Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2).

Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew)..

Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis..

Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.

==========================

Khasiat khusus luban sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W.

➜ Meningkatkan kecerdasan Minda.
➜ Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk.
➜ Meningkatkan ketajaman daya ingatan.
➜ Memberi ketenangan (menghilangkan stress).
➜ Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
➜ Menambahkan keyakinan diri.
➜ Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan.

Berdasarkan tindakbalas juga dapat merawat dan melegakan penyakit:

➜ Sakit saraf , urat, dan sengal-sengal badan bagi ibu selepas bersalin.
➜ Mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung.
➜ Baik untuk ibu mengandung.
➜ Pertuturan kurang jelas.
➜ Pra nyanyuk.
➜ Migrain.
➜ Sakit kepala dan masalah angin.
➜ Tekanan yang melampau.
➜ Keletihan.
➜ Masalah pelajar malas belajar.
➜ Mengatasi masalah anak-anak degil.
➜ Lawas sistem perkumuhan.

==========================

Golongan yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan luban sebagai supplement harian..
➜ Kanak-kanak
➜ Remaja
➜ Dewasa
➜ Warga emas
➜ Orang Nyanyuk
➜ Ibu mengandung
➜ Ibu dalam pantang
➜ Pesakit mental

==========================

Cara Pengambilan Luban / Kemenyan Arab:

Kaedah 1: Hanya perlu mengunyah seperti gula-gula getah dan ambil 3 biji setiap kali makan. Boleh dimakan bila-bila masa dan amat sesuai untuk pelajar. Rasanya pahit dan pahit itulah menghilangkan lendir balagham itu..

Kaedah 2: Dianjurkan makan sebelum tidur – untuk kanak-kanak dan remaja. Pagi dan juga malam bagi orang dewasa,orang tua dan yang mengalami masalah kronik. Di letakkannya di aitas lidah, Isap seperti gula-gula. Ditumbuk menjadi serbuk dan secubit serbuk diletakkan di atas lidah bagi kanak-kanak yang masih kecil.(2 tahun ke bawah) juga boleh divariasikan iaitu boleh dicampur dengan air suam, susu, teh, milo, kopi dan sebagainya..

Kaedah 3: Kaedah pengambilan kemenyan putih (luban) menurut petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam Laqzah al-‘Ujlan. 
●Rendam kemenyan putih (luban) di dalam air pada waktu malam.
●Keesokannya sebelum sarapan pagi campurkan kemenyan putih (luban) dengan gula pasir dengan nisbah 1:2 
●Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.
●Untuk menambahkan mujarab dibacakan ayat 27-28 surah Luqman pada 2 grams kemenyan putih (luban) itu dan dicampur dengan madu lebah serta dimakan setiap hari..

Kaedah 4: Ibnu Abbas, seorang penghafaz dan ahli Qur’an berkata: “ Memakan satu misqal (bersamaan 4.2 gram) gula bersama 1 misqal kemenyan putih selama 7 hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan”

MADU & KAYU MANIS - PERNAHKAH ANDA TERFIKIR?




Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu. Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan. Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam.Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.


Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran. 

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif


Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashf

Khasiat Rahsia Yang Tersembunyi Pada Kismis atau Buah Anggur Kering

Anda mungkin ingat dengan pesan orang tua-tua atau ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya diet yang kerap diberikan ibu.
Adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang tua dapat memberikan penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.

Malah keduanya, adakah kebaikan kismis hanya sekadar menyumbang kepada manfaat minda semata-mata? Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab. Disabdakan Rasulullah SAW,

Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.

Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu?

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.

Kenapa begitu? “Ia adalah salah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium,” nukil artikel itu.

Jika begitu, tidakkah kismis membahayakan kesihatan? Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga.

Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan.

Khasiat Kismis:
a) Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

b) Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

c) Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

Oleh itu, kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.


Kismis

JOM KENALI APA ITU HABBATUS SAUDA'

TAK BACA MAKA TAK TAHU...

Erti Habbatus Sauda

Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of theProphet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.

==========================
➜ Khasiat/ Kehebatan Habbatus Sauda'

➜ Antihistamine (pencegahan alahan)
➜ Anticancer (pencegah kanser)
➜ Antioxidant (pencegahan kerosakan sel)
➜ Antibiotic (pembunuh kuman)
➜ Antimycotic (antikulat)
➜ Bancho-dilating effect (pengembangan saluran penafasan - asma)
➜ Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
➜ Melancarkan keluarnya kencing
➜ Memperlancarkan darah haid
➜ Melancarkan pengeluaran susu
➜ Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
➜ Mengeluarkan angin dari perut
➜ Menambah ghairah seks
➜ Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
➜ Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
➜ Masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
➜ Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi, darah rendah
➜ Masalah mental - meningkatkan kecerdasan minda
➜ Masalah tulang / sendiri - gaout, arthritis
dan reumatima
➜ Kencing manis
➜ Alergi
➜ Migrain dan banyak lagi.

==========================

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa dsb. polysaccharide

fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

amino acid yang membentuk protein

karotene iaitu sumber vitamin A

kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka
yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

==========================

➜ Bukti Kajian

Keupayaan Habbatus Sauda untuk melawan, mencegah dan merawat kanser telah dibuktikan dalam kajian saintifik. Untuk contoh-contoh kajian yang telah dijalankan, di bawah ini adalah contoh kajian in vitro yang dibuat mengenai kanser payudara dan Habbatus Sauda' :

Farah, I.O., Begum, R.A. Effect of Nigella sativa (N. sativa L.) and oxidative stress on the survival pattern of MCF-7 breast cancer cells. Biomed Sci Instrum. 2003;39:359-64.;
Farah, I.O., Assessment of Cellular Responses to Oxidative Stress using MCF-7 Breast Cancer Cells, Black Seed (N. Sativa L.) Extracts and H2O2. Int. J. Environ. Res. Public Health 2005, 2(3), 411-419 Pengkaji tersebut ialah Dr. Ibrahim O. Farah dari Department of Biology, Jackson State University, Jackson, MS 39217, USA
Berikut adalah rumusan pengkaji tersebut:

"In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress was found to be effective (in vitro) in influencing the survival of MCF-7 breast cancer cells, unveiling promising opportunities in the field of cancer chemoprevention and/or treatment."

"Sebagai rumusan, Habbatus Sauda (Nigella sativa) sendiri atau kombinasi dengan oxidative stress, didapati berkesan untuk mempengaruhi survival sel-sel kanser payudara. Menyingkap satu peluang yang memberi harapan dalam bidang mencegah kanser dan / atau rawatan."

Dalam kajian tersebut ekstrak Habbatus Sauda' (menggunakan teknik ekstrak alcohol) telah dikenalpasti sebagai sangat berkesan membunuh sel-sel kanser payudara.

Pokok Habbatus Sauda'




Biji Habbatus Sauda'


▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

Jika suka sila komen...jom kita kongsi2 pengalaman anda tentang Habbatus Sauda'......

Pengenalan Hanni 3outique

Online Shop


Bismilla'hirrahma'nirrahim

Assalamualaikum wbt.

Syukur kehadrat Ilahi kerana dapat guna menyempurnakan pembukaan "Hanni 3outique" pada hari ni...Aaminn Ya Rabbal Alamin... Terima Kasih pada insan-insan yang ada di sekeliling Hani pemberi sokongan dan galakan.
Sebenarnya secara langsung atau tidak langsung Hani dah lama terlibat dalam dunia perniagaan atas talian ni... atau lebih popular bisnes online huhuhu.

"HANNI 3OUTIQUE" adalah kedai yang menjalankan urusan secara online kepada pelanggan-pelanggan yang budiman semua. Atas galakan dan feedback positif dari semua pengguna. Maka Hani wujudkan "Hanni 3outique" bagi memudahkan lagi lebih ramai mengenali dan mendapatkan makanan herba turun temurun ni diamalkan sejak dahulu kala lagi. Hani sendiri guna adalah pengamal makanan sunnah ni. Alhamdulillah sihat dalam dan luaran hihihi. Disebabkan keterujaan kepada herba-herba sunnah ini telah memberi Hani ilham untuk berkongsi manfaat dan kebaikan yang ada pada makanan2 ini.

Mungkin dah ramai yang tahu tentang makanan sunnah ini kan? Tapi ada juga yang di luar sana masih belum pengetahui rahsia kehebatannya dan tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya sunnah itu mudah dan indah ! Justeru itu, kunjungi lah "Hanni 3outique" di blog dan juga di pages untuk mengetahui informasi2 berguna tentang kebaikan, keberkatan untuk kesihatan tubuh badan kita secara alami yang cukup mudah dan senang, tambahan pula murah lak tu dengan harga berpatutan ok!

Jangan lupa follow dan like ----->  "HANNI 3OUTIQUE"

Sekian, Terima Kasih.